Wednesday, October 26, 2011

masterchef malaysia

assalamualaikum.. dalam semgu ni, aku baru sedar ada rancangan baru kat channel astroria "MasterChef". Alkisahnya saja je mlm isnin lps, boring2. tekan2 la tv, alih "tertengok" channel ni. hmm, macam syok, tgk juri2 dia pon mcm agak "garang" but hebat2 oo. meh aku stry skit ..

-ada 3 org juri :chef Johari, chef Yahaya, chef Priya. hebat experinence diorang ni. mcm chef Johari ni pernah diiktiraf sebagai pakar masakan kat WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London.chef Yahaya ni pulak Chef de Parte kat MAS Flight Catering n chef utk kerabat diraja. chef Priya ni asalnya stdnt law, tapi sbb minat sgt dgn culinary ni dia tukar kerjaya dia. dia pernah dapat award 1Malaysia Chef of The Year Award 2010 oleh Persatuan Chef Malaysia n jugak seorng chef yg pakar ttg rempah. so, no wonder la they'll ni agak struct gler kot time nak adili sume peserta master chef ni.. =)

-so smlm..24 peserta had been selected. they'll ni mai dari mcm2 background. hehe. tukang kebun ada, suri rumah, student, fashion designer. hebat kan? tp sumenya mmg bole masak la. ada ilmu. mahir gak. tp depa sume belum diasah bakat lagi, so masing2 wat cara sndri la..

-aku terpk cmne lah kalo aku jadi peserta masterchef ni. heeee.. "agak mengggerunkan disini". =D. xtau cmne. bayangkan depa dpt bhn2 on the spot, n then kena create resipi sndri n masak . pastu kena bagi chef rasa. hmm, dlm masa 1hour plak tu. mmg kena cekap. aku ni x la pro mana. tp kalo masak tu kekdg main hentam. sbb sndri je nk makan.hee. ni kalo nk bagi org rasa ni kena btoi tgk resipi. hehe.

-so smlm peserta2 masterchef ni kena baked "tiramisu" cake. nyyummy. tapi depa dpt resipi, chef reez(anak chef wan) mai as chef jemputan. so peserta2 ni kena ikut resipi chef reez. dlm2 ramai2, sorang peserta :Hui Ting yg the best! mmg termaek ar presentation kek dia ni. clean je plate dia. taste pon sedap (mcm la aku rasa kan)hehe. ni chef reez la komen. tp aku yg tgk ni pon rasa mcm kt secret recipe punya kot. congrates hui ting! bru 21yrs old. good job!

Monday, October 24, 2011

hampir setahun,genap 22 tahun?

assalamualaikum.. hampir sethn aku x update blog n pd masa yg sama, genap umo aku 22 thn!! ya Allah, lama nya.. bukan x minat, tapi still reason yg sama, m.a.l.a.s.. huhu..
tapi apa2 pon, mlm ni tetba aku ada mood nk update.
x byk yg nak dicerita.. dah hampir sethn ni, alhamdulillah, Allah masih berikan aku peluang utk bernafas di bumiNya nie. syukur..
juz nk cakap, thn ni cukup la umurku 22 thn-21 oct lepas. byk yg dah dilalui, n byk lagi yg akan dilalui. org selalu cakap, kalo dah merasa berada di atas, sesekali kita akn merasa di bwh pulak. kan? tapi, cmna pon, aku bersyukur dgn nikmat yg Allah dah kurniakn setakat ni.

aku dah masuk tahun ke-3,nk masuk sem 6 insyaallah 21 nov ni. then praktikal 6 bln..maka, completelah status aku sbg graduasi bachelor in medical science (BMS). hopefully.
dah selama 5 sem hidup sbg BMS, aku rasa sgt sgt .. hm, sesuatu pengalaman yg menarik.
eventhough x dpt merasa hidup dlm campus life.. tapi rasa seronok dgn environment, suasana di ipts. mungkin korang n org lain memandang sbg sesuatu yg apa2 pon "duit oh duit" .. tapi bagi aku, sbb aku dah memilih utk berada di landasan ipts ni, harus ku tempuhi!
biar ssh cmna pon, setiap bersama kesshan itu, pasti ada kemudahan! percayalah..
yg penting, ikhlaskan hati. kuatkan semangat. sabar. biar apa org nk kata. yg penting kita tau siapa kita n apa yg kita buat.. >.<

sebenarnya, xde specific topic nak cakap, haha. aku main tulis je ni. tapi, ada sesustu yg ingin aku rungkaikan.. hm. mcm mana nk rawat masalah hati?? oohh, bukan barah hati n etc, tp, "mslh hati". hati manusia, x siapa dpt menilai dgn sejujurnya. hanya si empunya bdn mengenali isi hatinya sndri. melainkan si empunya hati ini meluahkan apa yg terbuku di hatinya pada org yg dia percayai..
bagi aku, mungkin manusia ni x pernah merasa puas dgn apa yg dimilikinya dlm hidup. maka, sume ni lah yg menyumbang pd gejala "masalah hati" ni.. nah! mudah kan, as e.g.. org yg jealous dgn kejyan shbtnya mula berasa dengki n sikit demi sikit perasaan jealous ni menjadi masalah hati dlm dirinya.

aku percy, sume org pernah mengalami mslh hati ni including me. =0
yeah.. betul ckp org, kalo ikut hati.. mati. hm, apa kategori maslh hati aku ni ialah aku x berasa super duper kwn/shbt yg hebat. bukan niat ingin membuka pekung di dada, tapi inilah realitinya. kekdg mengapa perlu buat2 gembira n enjoy, tp sebaliknya hati ni x merasa puas. kerna hny dgn ini shj yg dpt mengembirakan hati aku. aku xde kwn yg dpt berkongsi rasa segala rasa hati. hidup aku dah lama x merasa nilai2 n kasih persahabatan. dah lama x merasa shbt yg sanggup sama2 menangis di kala aku ssh, menemani aku di kala aku x sht. ohh,, sungguh, aku merindui zmn matrix dulu! aku rindu insan2 ni.. ain, wahida, dirah. aku benar2 kenal erti pershbtn dgn insan2 ni, aku syg insan2 ni dunia akhirat.

mungkin apa yg Allah kurniakan kpdku di kala ini ialah kawan, yeah, kawan mudah dicari. beribu. tp shbt satu dlm seribu. maka. bersabarlah wahai diri.. Allah ada perancangan utk setiap jln hidup kita. ok!

** aku rindu mereka **

.super.something.

Saturday, October 30, 2010

esok.esok.esok

salam...
esok mungkin menjanjikan yg lebih baik drpd ari ni. mungkin esok tiada lagi kesempatan seperti ari ni. atau esok mungkin menjanjikan yg lebih baik drpd ari ni. hanya ALLAH yg tau.tiada apa yg lebih mengetahui selain drpdNYA..aku juga seperti shbt2 sume, slalu menginginkan yg terbaik dlm hidup ini. selalu mendoakan dan tak pernah jemu merintih kepadaNYA tentang keluh kesah dlm hati ini, tapi, hanya ALLAH saja yg tau apa yg TERBAIK utk kita. kata2 seorg kak senior>> "ALLAH tak beri apa yg kita ingin, tapi ALLAH beri apa yg kita perlu.." kalau baca quote ni fhmkan betoi. Allah x beri apa yg kita ingin kerna apa yg kita ingin sudah pasti terikut2 dgn tuntutan nafsu kan? pengaruh dgn hasutan syaitan.. so Allah tau mana yg baik dan negatif utk kita. ALLAH SAYANG PADA KITA...SAYANGLAH PADA ALLAH. ALLAH MAHA MENGETAHUI. jgn pernah jemu berdoa, meminta padaNYA,merintihlah,mengadulah..sesungguhnya ALLAH MAHA MEMAHAMI dgn keluh kesah HAMBANYA. jgn pernah jemu utk meminta. aku tulis ni sekadar peringatan kpd diri ini dan shbt2 jua. kekdg terasa diri ini sungguh cepat alpa dgn hal duniawi. dgn kecanggihan, kemodenan. sehingga terlupa dgn apa yg sepatutnya dikejar di BUMI PINJAMAN ALLAH. sementara ada kesempatan BERNAFAS di BUMI ALLAH ni.. bermohonlah keampunan padaNYA. BERTAUBAT.. syukran..

Sunday, October 17, 2010

cerita datang lagi

salam.. setelah selesai tamat exam 6 papers, maka pulanglah aku to my hometown.. rasa sgt x tertahan lagi rindu to adik2 n ma abah. huhu. lega, alhamdulillah dah sampai. bukan ape, tahap keFOBIAan ttg byk accident bus2 blk kg kat highway.sepjg perjlnn nak blk png, aku tdo2 ayam ja. bukan ape, kite kena get ready dgn segala mcm musibah yg myb muncul @ tak.
tapi alhamdulillah, aku selamat tiba di penang dgn selamatnya. alhamdulillah. syukran ya Allah kau mudahkan aku sampai utk jumpa fmliy tercinta!!

*********************************

next, nak wat jugak konklusi ttg exam yg dah berlalu pergi. last paper aku that on 15oct,jumat..sabtu. alhamdulillah. ada yg dpermudahkan, ada gak yg terkdg kena pikir gak. ari tu paper public health.
suke kiranya aku nak wat list subjek exam ppr aku sem 3 ni (baca la klu nak tau. hihi)

1-clinical medicine 4 oct(pagi)
2-leadership 4oct(ptg)
3-human environment interface 7 oct
4-communicative english 9 oct
5-biostatistic 14 oct
6-public health medicine 15 oct

klu nak diikutkan aku x amik pon subjek system, anatomy @ pathophysiology sem ni.. tapi tahap kesusahn subjek2 d atas tetap wujud weh. so jgn la berharap kita mcm bole relax kan gn subjek2 mcm english n ledership memandangkan 2 n 3 jam kredit je kan. the reasons are bnde mmg byk nak kena hapai n buat pulak lecturer saja nak nguji tahap kesabaran n keSTUDYan kita dgn x bekalkan sebrg tips n hint. adakah adil or rasa mac nak rebus sume buku2 n segala note2, buku reference. pastu minum air rebusan tu. mybe ilmu akan terus meresap sampai ke brain tanpa terdigest dlm digest system kita. huhu..

************************

so, apa yg sebaiknya, amalkan lah weh study ari2. sikit demi sikit. mcm boringkan?sbb dari zaman skola sampai la ke alam university ni x abih2 berkongsi TIPS2 STUDY YG BERKESAN.. haha.. skrg zaman bukan lagi nak teroka cara nak blaja or tips yg berkesan. skrg zmn kita mcm mana nak praktikkan segala ilmu dlm kehidupan kita. percaya @ tak, ILMU BUKAN HANYA PADA KERTAS, TAPI ILMU ITU ADALAH BAGAIMANA KITA NAK LALUI DLM HIDUP NI.. nak dengar satu kisah x? alkisah ttg seorang pembawa perahu n penumpang yg kaya..

******************************

kisah bermula begini apabila si pembawa sampan(pakcik tua) yg menunggu dari pagi sampai ptg utk membawa penumpang ke kampung seberang. nak dijadikan cerita, pak cik ni tgu sampai lewat ptg n xde sorang pon manusia yg nak memerlukan perkhidmatan sampan beliau.
lalu, dia pon amik keputusan utk pulang je. tapi sebelum sempat dia nak pergi, dia terdengar jeritan seorg laki yg nak ke kg seberang.

sudah menjadi kebiasaan pak cik tua ni akan mendiamkan diri je semasa mendayung sampan sbb nak tumpukan pada dayungannya.. si lelaki yg naik tadi tak semena-mena memulakan bicara dgn kenalkan dirinya dgn angkuh seorg pegawai besar dpd bandar yg nak ke kg seberang utk uruskan hak jualan tanah kat kampung tu.

tapi si pakcik ni just menganggukan kepala dia je tanpa berkata apa2. si pegawai angkuh tadi terus bertanya samaada pakcik ni panai menulis n membaca? lalu pakcik tu hanya menggelengkan kepalanye. lalu pegawai angkuh tu menjawab,"sungguh malang nasib pakcik kera pakcik baru saje rugi tapi pakcik juga dah hilang hampir 70% keuntungan dpd kehidupan pakcik"..


pakcik tu hanya mendiamka diri, tetba, sampan yg mereka naiki bocor n pakcik tu membuat persediaan utk berenang selamatkan diri. pak cik tu bertny kpd pegawai angkuh itu samaada dia boleh berenang atau tak. kali ini, giliran lelaki tu utk mendiamkan diri dan berasa sgtla cemas krn dia x pandai berenang. pakcik tadi dgn rasa tenang menolong laki angkuh itu utk berenang ke tepian.

sesampai je kat darat, pegawai angkuh tu terus menangis n meminta maaf pada pak cik tu atas sikapnya yg angkuh n biadap tadi..

***************************

maka, terbukti dlm kisah tadi bahawa :
"ilmu tu bukan sekadar di atas kertas, nota dan pen. tapi itu ialah apa yg kita patut pelajari n tahu utk melalui n mengharungi segala dugaan sementara dlm perjalanan mencari ilmu "...

selamat mengembara kawan2 dgn ilmu.. adios dulu. salam..

Tuesday, October 5, 2010

exam muncul lagi..

salam... huk huk.. agak bersawang jugak blog ni. al maklum lm x menyapu, memvakum, hatta bertimbun2 la segala keturunan habuk n debu sehingga ke cicit piutnya. hehe. hm, mmg byk bnde dah berlaku sejak dari last entyr ari tu. last skali bercerita time mlm ry kan? adoi.. apa jenis malas la aku nak update blog ni. bukan x on9 @ x buka laptop, tipu sgt la kan? hihi, cuma jenis kemalasan yg aku dah kenal pasti namanye ialah 'hangat-hangat tahi ayam'.. tau apa tuh? tu means dia, aku ni berkobar2 or we call passionate nak crita mcm2 sgt tau, tapi memikiaqkan kena on lptop, pastu tgu line broadband ni, pastu tgu dia connect, adoih.. hihi.. tp, akan ku cuba la nak update blog ni serajin mungkin, mybe.insyaallah..

*****************************
berbalik pd main topic mlm ni berbunyi "EXAM MUNCUL LAGI".... mmg aku dlm gu final exam ni wahai kwn2, shbt2 sekalian. klu nak tau la (xmau tau pon xpa), aku dah selamat menduduki 1st ppr 4oct yg lalu. alhamulillah, 2 paper dah selesai. pper clinical medicine n leadership. huhu, tp nak kongsi skit rasa lega aku ni x lah lega yg ditahap kepuasan yg maximum lah. tapi rasa REDHA n TAWAKAL tu mmg n tetap ada. just TERASA SKIT UPSET lah.. anyway, yg lepas ttp dah berlalu kan. mmg idop jadi student ni, slagi nama pon student, jgn harap la kan bole lari dpd EXAMINATION.. tapi mcm mana pon, hidup kita kat bumi ALLAH ni pon satu exam gak. malah EXAM ALLAH lagi besar n yg paling hebat la org kata. mcm yg kita dok lalui exam dpd zaman tadika(klu ada la cikgu2 ampa bagi test tulis ABC sampai Z, hehe) sampai zmn university ni juz sekulumit @ secebis @ sehiris dpd episod hidup kita kat dunia ni kan? huhu. cuba pikir kan, kita baru ja dalam fasa 3(klu bagi aku la, sbb fasa 1-lm pewot mak, fasa 2- dah lahir, jadi budak). so skrg fasa 3 ni zmn kita nak blaja2 kenal idop, time ni la kita jadi student-kena blaja segala mcm ilmu. pastu time ni gak kita nak kenal2 mcm2 jenis manusia, communicate dgn depa, cara nak beradap dlm idop, baik burok idop ni n what so ever lah.. mcm2 kan weh?

*********************************

hmm.. nnt kitaran hidup kita ni akan sentiasa berjalan slagi maut x dtg jemput. percayalah kita sure akan lebih kenal diri n dunia ni (termasuk org2 n benda2 keliling ampa) seiring dgn masa berlalu. konklusinya, hidup kita akan slalu diEXAM!!! SO beware ok!! adios..

Thursday, September 9, 2010

TAZKIRAH @ malam raya...

salam.. mlm ni ramadan dah melabuhkan tirai..kedengaran tangisan dari malaikat, langit dan bumi.
bulan barakah tiada lagi. iblis dibebaskan kembali.. aku berfikir bagaimana diri ini? apakah ramadan ku ini"berisi"? atau berlalu dgn "tiada isi". semoga dgn kehadiran syawal dpt memantapkan lagi ibadah yg kita buat sejak dari ramadan lagi. amin.
*******************
aku ingin nak memetik kata2 seorg teman, katanya dia dgr ayat ni semasa tazkirah subuh yg terakhir di surau rumahnya.. ustaz tu cakap, ...
>>"kalau ramadhan telah sebln kta lalui x menambh iman dn takwa kta kpd Allah, x payah la braya. Sbb kita x ada kemenangan untk dsambt"
ya Allah, ampunkn d0sa dn kesalhan hambaMU.. Rezekikn hambaMU brtemu lg ramadhn yg akn dtg.. Jgn hlangkn kerinduan hamba pdnya...
kalau la kita ni selalu beringat, tak la kita alpa kan? dgn hal2 dunia semata..kekdg rasa sedih je hati ni. x dpt jadi hamba yg sebaik mungkin. aku berfikir dgn ayat2 ustaz di ats ni, mmg btol kan? buat ape nak menyambut aidilfitri dgn rasa bangga dan gahnya kalau xde sebarang kejayaan @ pengisian yg boleh dibanggankan? buat apa berhabis duit sakan, membeli itu dan ini, shopping bagai nak rak padahal ibadat di bulan ramadan hanya di hujung jari? aku menyeru diri ini sendiri n sahabat2 sekalian moga2 kita tidak mudah luntur dgn iman kita yg sememangnya senipis kulit bawang.. moga2 kita sentiasa menjadi hamba Allah yg diberkati lebih2 lagi dgn kehadiran syawal ni. ok? insyaallah..

************************

Aku xde byk yg nak dikongsikan mlm ni. mmg mcm biasa mlm ni setiap rumah n setiap fmly akan sibuk dgn persiapan raya. mcm biasa. acara di malam raya adalah spt berikut :
>isi kuih dlm balang
>isi duit raya
>kemas umah mn2 yg saki baki x siap tu
>iron baju raya
ni mmg dah rutin utk aku la bila setiap kali mlm raya. yg si adik2 aku (ayie n comey) mmg excited mlm ni sbb depa main mercun, pasang pelita n pasng lampu lip lap dgn abah.. kamu sume tahu kan lampu lip lap kan? ala yg lampu colour mcm2 tu. lip lap. kejap ada. kejap lagi ada balik. sbb tu "lip n lap" hihi..

ok, kita tinggalkan kisah lip lap.. hm, apa aku nak coret ya? rasanye mcm xda coretan sgt utk entry kali ni. aku janji raya thn ni aku akan collect n share cerita mcm dlm blog ni ok!! moga2 ramai lagi teman2 yg sudi mengikut updates2 blog yg x seberapa ni...
slmt membaca n mengomen.. ma`as salamah, wa ilal liqo`...

Monday, September 6, 2010

BERbuka di MasJid...

salam. skrg pukol 6.11 ptg, lbih kurang 1 jam nak berbuka. arini plan berbuka di masjid aje.. pnah x rase buka di masjid? sekali sekala tu apa slhnye, try la kamu sume try berbuka d masjid. tradisi kat penang ni mmg agak biasa gak berbuka di masjid. azan je, sume berjemaah berbuka. baca doa. best! tapi x la terus2 dpt mkn nasi. memula tu mkn bubur lambuk dulu. pastu, sume gather2 pi smyang maghrib jemaah. then, baru makan nasi. bagus gak. x la perot tu terasa penuh kan time nak solat maghrib. abis je makan, sume skali dapat terus langsungkan jemaah isyak n trawih.. aku dapat liaht sume macam sgt punctual ketika tu, x de yg nak buang2 masa, sembang2 ke. mkn2 lama2 ke. sbb sume dah tau masing2 nak ikut jemaah bersama imam, so, depa haruslah mengejar antara satu sama lain, if x, xkan nak solat sorang2 je kan? baik dok umah je..pahala jemaah pon x dpt.
okaiiss, stakat ni je entry kali ni. bertemu lagi di lain entry!! slamt membaca n mengomen. ma`as salamah..