Thursday, September 9, 2010

TAZKIRAH @ malam raya...

salam.. mlm ni ramadan dah melabuhkan tirai..kedengaran tangisan dari malaikat, langit dan bumi.
bulan barakah tiada lagi. iblis dibebaskan kembali.. aku berfikir bagaimana diri ini? apakah ramadan ku ini"berisi"? atau berlalu dgn "tiada isi". semoga dgn kehadiran syawal dpt memantapkan lagi ibadah yg kita buat sejak dari ramadan lagi. amin.
*******************
aku ingin nak memetik kata2 seorg teman, katanya dia dgr ayat ni semasa tazkirah subuh yg terakhir di surau rumahnya.. ustaz tu cakap, ...
>>"kalau ramadhan telah sebln kta lalui x menambh iman dn takwa kta kpd Allah, x payah la braya. Sbb kita x ada kemenangan untk dsambt"
ya Allah, ampunkn d0sa dn kesalhan hambaMU.. Rezekikn hambaMU brtemu lg ramadhn yg akn dtg.. Jgn hlangkn kerinduan hamba pdnya...
kalau la kita ni selalu beringat, tak la kita alpa kan? dgn hal2 dunia semata..kekdg rasa sedih je hati ni. x dpt jadi hamba yg sebaik mungkin. aku berfikir dgn ayat2 ustaz di ats ni, mmg btol kan? buat ape nak menyambut aidilfitri dgn rasa bangga dan gahnya kalau xde sebarang kejayaan @ pengisian yg boleh dibanggankan? buat apa berhabis duit sakan, membeli itu dan ini, shopping bagai nak rak padahal ibadat di bulan ramadan hanya di hujung jari? aku menyeru diri ini sendiri n sahabat2 sekalian moga2 kita tidak mudah luntur dgn iman kita yg sememangnya senipis kulit bawang.. moga2 kita sentiasa menjadi hamba Allah yg diberkati lebih2 lagi dgn kehadiran syawal ni. ok? insyaallah..

************************

Aku xde byk yg nak dikongsikan mlm ni. mmg mcm biasa mlm ni setiap rumah n setiap fmly akan sibuk dgn persiapan raya. mcm biasa. acara di malam raya adalah spt berikut :
>isi kuih dlm balang
>isi duit raya
>kemas umah mn2 yg saki baki x siap tu
>iron baju raya
ni mmg dah rutin utk aku la bila setiap kali mlm raya. yg si adik2 aku (ayie n comey) mmg excited mlm ni sbb depa main mercun, pasang pelita n pasng lampu lip lap dgn abah.. kamu sume tahu kan lampu lip lap kan? ala yg lampu colour mcm2 tu. lip lap. kejap ada. kejap lagi ada balik. sbb tu "lip n lap" hihi..

ok, kita tinggalkan kisah lip lap.. hm, apa aku nak coret ya? rasanye mcm xda coretan sgt utk entry kali ni. aku janji raya thn ni aku akan collect n share cerita mcm dlm blog ni ok!! moga2 ramai lagi teman2 yg sudi mengikut updates2 blog yg x seberapa ni...
slmt membaca n mengomen.. ma`as salamah, wa ilal liqo`...

2 comments: